KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 telah mencatatkan kejayaan selepas 10 tahun pelaksanaannya seperti terdapat dalam Laporan Tahunan 2022 yang telah dilancarkan hari ini bagi terus memacu transformasi pendidikan negara.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Laporan Tahunan 2022 dan Gallery Walk jelas menunjukkan walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan, tetapi ia dapat diatasi dengan keazaman yang tinggi dan inovasi yang mampan.
"Mengimbas perjalanan, para pihak berkepentingan boleh merujuk setiap laporan tahunan sejak 2013 hingga 2022 untuk mengetahui tentang pengajaran yang diperoleh daripada sedekad pelaksanaan PPPM.
"Ia mencatat kejayaan, cabaran, juga penglibatan pelbagai pihak dalam transformasi pendidikan seperti komuniti, NGO (badan bukan kerajaan), pihak korporat yang telah menyumbang kepada kejayaan keseluruhan PPPM," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPM turut memaklumkan Laporan Tahunan 2022 PPPM telah melakar pencapaian melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif pelan itu dan tumpuan pelaksanaan bagi tahun 2023.
Laporan Tahunan 2022 itu dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor hari ini.
"Setiap laporan tahunan PPPM dari 2013 menunjukkan pencapaian transformasi yang telah muncul sepanjang sedekad yang lalu.
Daripada peningkatan prestasi pelajar dan latihan guru yang dipertingkatkan kepada penyepaduan teknologi dalam bilik darjah, laporan tersebut menggariskan impak PPPM itu terhadap pendidikan di semua peringkat," kata KPM.
Menurut kenyataan itu, PPPM telah dilancarkan pada 2013 apabila Malaysia memulakan laluan berwawasan, melancarkan pelan tindakan pendidikan komprehensif yang bertujuan mengubah landskap pendidikan negara.
"Pelan transformasi ini bertujuan untuk menangani isu kebolehcapaian, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan, menetapkan trajektori yang bercita-cita tinggi untuk sektor pendidikan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Fadhlina Sidek (kanan) melawat 'Gallery Walk Pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025' pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022 PPPM 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, hari ini. - Bernama
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
Tapak pemprosesan bangkai haiwan haram diarah tutup serta-merta
Pengusaha tapak pemprosesan bangkai haiwan secara haram di Kampung Baru Chenderong diarah menghentikan operasi serta-merta.
Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
Farm Fresh bawa ‘cahaya’ pada kanak-kanak Malaysia
Program Susu Sekolah (PSS), Farm Fresh merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.
Unjuran Indeks Harga Pengguna kekal
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata langkah kerajaan baru-baru ini untuk merasionalisasikan subsidi bahan api bermula dengan diesel di Semenanjung Malaysia dijangka hanya memberikan impak kecil berikutan mekanisme fleet card dan pindahan tunai bersasar apatah lagi diesel hanya menyumbang 0.2 peratus daripada kumpulan IHP.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agensi pelaksana geopark disaran guna pakai dokumen pembangunan geopark yang baharu
Perkara itu penting, bagi menjadikan geopark negara bertaraf antarabangsa dan setara dengan UNESCO Global Geopark (UGGp).
Pelan Pembangunan Pendidikan catat kejayaan selepas sedekad pelaksanaan - KPM
Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan, tetapi ia dapat diatasi dengan keazaman yang tinggi dan inovasi yang mampan.
2,053 hektar tanaman durian Musang King di Sabah sehingga tahun lepas
Industri tanaman durian khususnya Musang King adalah antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025.
Hotel tiga bintang di Pulau Poh, Tasik Kenyir siap tahun depan
Pembinaan hotel setinggi lapan tingkat dengan 100 bilik itu, sudah mencapai lebih 90 peratus.
Pembangunan infrastruktur pendaratan tuna harus dikaji semula - Ronald Kiandee
Kebanyakan infrastruktur pendaratan tuna di seluruh negara telah berusia 20 tahun sejak pelan strategik pembangunan industri tuna pertama dilancarkan.
RM5 bilion untuk Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh
Projek pembangunan yang akan dilakukan secara berfasa itu mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk direalisasikan sepenuhnya.
DBKL keluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata lesen itu mula dikeluarkan sejak 15 April lalu khusus untuk penjaja makanan dan minuman secara dibungkus (take away) sahaja.
Kajian Separuh Penggal RMK11 dijangka tumpu jajaran semula matlamat awal
Malah, pakar ekonomi berpendapat, antara perkara utama yang diberi tumpuan adalah aspek penjajaran semula matlamat dan objektif awal yang dicapai dalam tempoh dua setengah tahun lepas.
Malaysia perlukan naratif baharu untuk tangani pelbagai masalah ekonomi
Pelbagai isu asas seperti kos sara hidup tinggi, paras pendapatan yang tidak berkembang serta lonjakan harga rumah terus melanda pelbagai segmen penduduk.